Vitabella-web-11

Maklumat Kesihatan-VBNSF


A). Bagaimanakah pelawas memfaedahkan tubuh badan?

  1. Ia menguatkan fungsi usus dan membantu penyingkiran najis: Pelawas mempunyai kuasa penyerapan dan kebolehan penakungan air yang kuat. Ia menyerap kelembapan semasa ia melalui usus besar, menambahkan isipadu najis, melembutkan najis dan merangsang peristalsis usus, dan dengan demikian, mengurangkan masa najis ditakung didalam saluran usus. Ini akan menjamin penyingkiran najis yang lancar dan ia penting dalam pengekalan kesihatan fizikal.
  2. Mencegah bisul-bisul didalam usus besar: Banyak pelawas makanan akan menambahkan isipadu najis, menyerap asid kolik dan karsinogen, mencairkan kepekatannya dan mempercepatkan halaju najis melalui saluran usus. Ini akan mengurangkan masa sentuhan diantara karsinogen dengan mukosa saluran usus. Pelawas makanan adalah baik untuk tumbesaran dan pembiakan bakteria berguna didalam usus besar sementara penindasan tumbesaran bakteria anaerobik dan mencegah perubahan merbahaya dalam koloni-koloni bakteria dan mencegah bisul didalam usus besar. Produk-produk metabolisme pelawas makanan, iaitu asid lemak berantai pendek mencegah bisul-bisul usus.
  3. Mengawal berat badan dan melangsingkan tubuh badan: Pelawas poli mempunyai isipadu yang lebih besar, terutama sekali pelawas yang boleh larut dan ini mengurangkan halaju penyerapan air semasa makanan disalurkan dari perut ke usus. Ia memberikan kesan kenyang, dan oleh demikian mengurangkan penyerapan kalori dan memberikan kesan kawalan berat badan dan kelangsingan.
  4. Mengurangkan glukosa darah dan kolesterol darah: Pelawas yang boleh larut mengurangkan penyerapan gula oleh usus kecil, dan dengan demikian, mengelakkan peningkatan dalam glukosa darah selepas makan dan ia juga mengurangkan rembesan insulin oleh tubuh badan. Insulin merangsang hati supaya menghasilkan kolesterol dan rembesan insulin yang dikurangkan mempengaruhi paras kolesterol didalam darah. Berbagai jenis pelawas menyerap asid kolik dan lemak untuk mengurangkan penyerapan mereka dan ini akan mengurangkan lipid darah. Selain itu, pelawas yang boleh larut dalam air diuraikan kepada asid lemak berantai pendek termasuk asid asetik, asid butirik dan asid propionik melalui metabolisme oleh bakteria usus didalam usus besar. Apabila asid lemak berantai pendek ini memasuki hati, mereka akan mengurangkan sintesis kolesterol didalam hati.

B). Apakah dia detoksifikasi usus besar? Bagaimana menjalankan pencegahan? Apakah cara-cara utamanya?

Organ utama dalam penyingkiran bahan-bahan buangan ialah usus besar dan jika penyingkiran tidak lancar, keracunan akan berlaku. Mereka yang makan makanan masak sebagai gizi makanan utama mereka mungkin menakung sebanyak 2~11 kg bahan buangan didalam usus mereka dan apabila toksin-toksin ini diserap semula, mereka akan menjejaskan kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tidak dimasak bersama-sama senaman fizikal adalah penting dalam memastikan kebersihan usus besar dan kesihatan. VBNSF merupakan pembersih yang baik sekali untuk tubuh badan. Pelawas semulajadinya bertindak seperti berus yang membantu menyingkirkan bahan buangan dan membantu menjaga kebersihan usus besar. VBNSF juga memberikan kita nutrient dan menjadikan usus besar kita sihat. Meminum VBNSF membantu kita melarutkan toksin yang telah menakung didalam tubuh badan kita untuk jangkamasa yang panjang.

C). Apakah jenis toksin yang berada didalam tubuh badan kita? Bagaimana mereka terbentuk?

Toksin dalaman: Jika produk-produk metabolisme tubuh badan dan didalam saluran usus tidak disingkirkan, mereka akan diuraikan oleh sesetengah bakteria kepada protin yang akan menukar kepada bahan-bahan toksik yang mengandungi sedikit hidrogen sulfida dan indole termasuk peptid, amine dan ammonia. Apabila toksin menakung untuk jangkamasa panjang, mereka menjejaskan kulit, sel-sel otak dan tisu-tisu hati.

D). Apakah yang menyebabkan kegemukan? Bagiamana ia hendak dirawat?

Pertama sekali, sebab-sebab kewujudan kegemukan: Penyerapan haba telah melebihi jumlah kuantiti haba yang dihauskan oleh tubuh badan. Haba berlebihan akan disimpan didalam tubuh badan dalam bentuk lemak dan ini termasuk lemak dibawah kulit yang dirujuk sebagai daging berlebihan!

Kedua, disebabkan kekurangan nutrisi dalam proses transformasi, haba yang diserap tidak digunakan oleh tubuh badan dan oleh demikian ia ditukar menjadi lemak.

Ketiga, disebabkan kekurangan asid amino daripada protin, edema berlaku dan menjadikan seseorang kelihatan gemuk.

Pesakit-pesakit gemuk hendaklah juga memerhatikan gizi makanan mereka, terutama sekali atas perkara-perkara berikut:

  1. Mengadakan sajian yang teratur untuk kawalan yang lebih baik keatas kuantiti makanan yang diambil.
  2. Haba yang diserap setiap hari hendaklah kurang daripada 1200 kilokalori. Ini hendaklah ditentukan mengikut individu dan mengikut taburan untuk kegemukan yang dikira setiap hari keatas jumlah kuantiti haba yang diserap setiap hari bersama-sama pemakanan protin, lemak, gula, mineral dan vitamin.
  3. Menambahkan kandungan pelawas dalam gizi makanan mereka seperti memakan beras yang tidak diproses, beras embrio, roti kanikasious dan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dalam pelawas.
  4. Mereka hendaklah memakan berbagai jenis makanan, lebih banyak perubah lebih baik, supaya lebih pelbagai dalam gizi makanan mereka dan tidak bergantung kepada satu jenis makan untuk kelangsingan tubuh badan. Sebagai contoh, tidak memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin atau hanya memakan daging.
  5. Masakan hendaklah dijalankan dengan mengkukus, mendidih, memanggang dengan kurang minyak. Kuantiti minyak yang digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran hendaklah mematuhi kuantiti yang ditetapkan dalam program dan oleh demikian, tidak sesuai untuk memakan makanan goring atau meminum sup daging.
  6. Cuba sedaya upaya untuk menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran segara kerana mereka kaya dengan pelawas dan oleh itu menambahkan kesan “kenyang” sementara mencegah sembelit.

E). Apakah yang menyebabkan kepekaan kulit? Apakah akibat-akibatnya?

Kepekaan kulit merupakan masalah am yang dihadapi manusia hari ini. Apakah yang menyebabkannya? Para saintis telah mendapati bahawa kerosakan dan kecederaan kepada sel-sel dermis merupakan sebab utama kepekaan kulit. Kita dihadapi keadaan tersebut dalam hidupan harian kita. Pakaian yang terdedah kepada sinaran ultra-ungu akan kehilangan warna secara perlahan-lahan dan mereka mungkin menjadi rapuh, serapuh biskut. Apabila faktor-faktor luaran seperti sinaran ultra-ungu atau pancaran daripada komputer menembusi epidermis kedalam dermis, sel-sel didalam dermis akan dirosakkan seperti pakaian yang terdedah kepada sinaran matahari untuk jangkamasa panjang yang hilang warna mereka dan juga keserian asal mereka. Kelompok-kelompok molekul sel-sel kulit rosak ini akan ditaburkan dari tisu-tisu dibawah kulit ke epidermis, menambahkan luas permukaan mereka dan menyebabkan kulit menjadi kering dan pecah, membesarkan liang-liang dan dengan kesan merangsang daripada sinaran ultra-ungu, pancaran komputer dan habuk, tanda-tanda kerosakan kulit seperti kegatalan dan ketidakselesaan, jerawat and ruam akan berlaku.

F). Apakah dia keadaan sihat separuh? Bagaimana penyelarasan boleh dijalankan?

Apabila tubuh badan manusia menjadi separuh sihat, simptom-simptom berikut akan wujud:

  1. Kegelisahan, debaran jantung dan insomnia: Simptom utama ialah perasaan takut dan kekurangan nafas, kesakitan pada dada dan kemuraman, mudah marah, kebimbangan, tidak boleh tidur dan mimpi yang kerap.
  2. Perpeluhan yang kuat dan demam-selesema yang kerap berlaku: Perpeluhan secara otomatik yang biasa berlaku, peluh sejuk dan demam selesema serta takut sejuk.
  3. Lapisan merah pada lidah, kepahitan dalam mulut dan najis kering: Kemerahan pada hujung lidah, lapisan tebal pada lidah, kepahitan dalam mulut, kekeringan kerongkong, najis kering dan air kencing berkurangan dan berwarna sedikit merah.
  4. Muka pucat dan kepudaran disekeliling mata: Muka pucat, lesu dan pucat kehijauan terutama sekali dibahagian bawah mata.
  5. Bengkak dalam tangan dan kaki serta mata: Sesetengah wanita separa baya dan tua mengalami bengkak dalam pergelangan kaki dan betis apabila mereka bangun tidur pada waktu pagi atau selepas mereka penat. Kelopak mata mereka juga menjadi bengkak dan terlentok.
  6. Air liur melekit dan bengkak: Bengkak dada dan abdomen yang kerap berlaku, najis melekit dan tersumbat, perasaan panas pada dubur, ketidakselesaan perut apabila makanan sejuk, mentah, kering dank eras dimakan. Pemeriksaan hendaklah dijalankan untuk memastikan samada terdapat perubahan-perubahan patologik didalam perut dan salur pencernaan.
  7. Suhu badan yang tidak normal, keletihan dan kekurangan daya fizikal: Suhu badan pada petang biasanya diantara 37°-38°C, panas ditengah-tengah tapak tangan, kekeringan dalam mulut dan keletihan serta kekurangan daya fizikal yang hendak didiagnoskan oleh hospital untuk penyakit batuk kering.
  8. Penglihatan kabur dan sakit kepala: Penglihatan biasa yang dengan tiba-tiba merosot (bukan disebabkan kaca mata yang tidak sesuai), diiringi oleh sakit kepala. Anda harus tidak boleh mengabaikan simptom-simptom seperti ini dan hendaklah ke hospital dengan serta-merta untuk pemeriksaan untuk mengetahui samada terdapat perubahan patologik didalam tengkorak.

Cara-cara utama meningkatkan keadaan separuh sihat:

  1. Perkara yang penting sekali ialah menyelaraskan kehidupan harian anda dan mengadakan rehat yang mencukupi. Rehat merupakan cara terbaik untuk mengatasi keletihan, tetapi rehat tidak bermakna tidur. Tidur berlebihan atau sia-sia sahaja akan mengurangkan metabolisme didalam tubuh badan dan menyebabkan kemerosotan yang lebih didalam aktiviti tubuh badan dan menjejaskan keletihan. Konsep rehant hendkalah diambil daripada perspektif yang lebih luas yang hendaklah termasuk pengurangan ketegangan dan penyelarasan kedua-dua aspek fizikal dan mental. Jangan letakkan jawatan anda atau mengambil cuti yang panjang kerana anda anggap anda telah mengidap keletihan kronik, yang boleh menyebabkan pengurangan ketegangan berlebihan dan kehidupan tanpa sasaran.
  2. Amalkan gizi makanan yang munasabaha dan makanlah lebih banyak bahan kasap. Mereka yang Berjaya mementingkan pengambilan Vitamin B seperti bijirin terproses. Sesetengah makanan alkali boleh mencegah keletihan dan mengurangkan kesan penindasan dan mereka termasuk susu, kacang soya, pic dan tembikai. Propolis merupakan makanan yang kaya sekali dalam kandungan semulajadi termasuk flavones tumbuhan dan ia telah diberi gelaran “pembersih salur darah”. Ia juga sesuai sebagai produk kesihatan untuk orang dewasa dalam pencegahan penyakit.
  3. Jalani senaman fizikal yang sesuai. Senaman fizikal kerap merupakan satu cara lain yang berkesan untuk pencegahan. Fakta nyata ialah mereka yang mengidap keletihan kronik bencikan senaman fizikal. Sebenarnya, senaman fizikal dapat menambahkan rembesan bahan pengutusan untuk meransang sistem saraf dan menambahkan metabolisme disamping melegakan keletihan. “Kehidupan bergantung kepada senaman fizikal” merupakan kata masyhur seorang ideologis Perancis yang memberitahu kita ia adalah peraturan kehidupan. Mengekalkan keseimbangan diantara kuasa otak dan tenaga fizikal merupakan cara terbaik untuk mencegah keletihan, mencegah keadaan separuh sihat dan membina gaya hidup yang sihat.
  4. Hentikan merokok, kurangkan peminuman alcohol dan kekalkan keseimbangan psaikologi. Kebanyakan pesakit yang mengidap keletihan kronik lebih peka dan mereka sangat pasif dan berperangai pessimistik. Hadapi kehidupan dengan optimism dan akui fakta-fakta sedia ada sementara menerima kekurangan. Belajarlah cara untuk menunjukkan perasaan dalaman anda, berkawanlah dengan kumpulan kawan anda sendiri dan jangan cuba memikul kesemua tanggungjawab seorang diri anda.
  5. Amalkan pemerhatian diri dan atasi masalah-masalah dengan awal. Jika anda dapati tubuh badan anda tidak dapat mengatasi keletihan jangka panjang, atau anda mengidap insomnia, kemuraman atau sakit kerongkong, atau sakit sendi, anda tidak boleh hanya bergantung kepada rehat untuk mengatasi masalah-masalah ini. Dalam keadaan tersebut, jangan degil tetapi anda harus pergi ke hospital dengan serta-merta untuk menjalankan diagnosis dan mendapat bantuan dan panduan daripada doctor dengan segera. Rawatan keletihan kronik melalui penggunaan ubat Cina dan Barat memberikan kesan-kesan yang lebih baik.

G). Mengapakah mereka yang bekerja dipejabat lebih mudah mengidap sembelit? Bagaimana mengatasi

     masalah ini?

  1. Disebabkan gizi makanan yang tidak betul, terdapat kesilapan fungsi dalam mekanisme rangsangan makanan atau kimia, atau terdapat kekurangan dalam penyerapan makanan, terutama sekali disebabkan oleh kekurangan dalam makanan yang mengandungi kuantiti sisa yang banyak yang menyebabkan pengurangan dalam rangsangan usus dan peristalsis mengakibatkan sembelit.
  2. Perubahan dalam gaya hidup, corak pembuangan najis yang tidak betul dan pengambilan laksatif atau menjalankan enteroklysis yang kerap menyebabkan kekurangan kepekaan zon refleksif rectum dan menyebabkan sembelit walaupun terdapat najis didalam rectum tetapi ia tidak mencukupi untuk merangsang sistem saraf dengan berkesan.
  3. Kemuraman atau beremosi menyebabkan halangan dalam zon refleksif yang menyebabkan sembelit.
  4. Tabiat hidup yang tidak sihat, kekurangan tidur dan kerangsangan berterusan menyebabkan keganjilan dalam peristalsis kolon dan kekejangan yang mengakibatkan sembelit.

Rawatan sembelit:

  1. Adalah penting untuk memperbaiki struktur gizi makanan kanak-kanak dengan menambahkan kandungan pelawas, menghapuskan gizi makanan yang tidak seimbang, gizi makanan pilihan dan memakan beras dan mi yang telah diproses. Memberikan kanak-kanak dengan lebih banyak daun saderi, kobis, buah-buahan, jagung, kaoliang dan ubi kentang boleh mencegah sembelit. Jika kanak-kanak yang meminum susu mengalami sembelit, gula boleh ditambah kepada susu sehingga 8% kerana gula boleh melembutkan najis. Makanan tambahan yang diberikan pada masa yang tepat membantu bayi mengatasi sembelit. Kanak-kanak yang mengidap sembelit hendaklah memakan lebih banyak makanan untuk melincirkan usus seperti madu, jus tomato, jus buah-buahan dan sup sayur-sayuran kerana makanan ini mempunyai kesan-kesan pelinciran keatas usus. Selera makan kanak-kanak yang mengidap pemakanan kurang seimbang hendaklah diperbaiki dengan penambahan nutrien secara berperingkat-peringkat untuk memperbaiki nutrisi dan menguatkan otot abdomen dan dinding usus supaya penyingkiran najis menjadi lebih lancar.
  2. Amalkan penyingkiran najis yang teratur. Kebanyakan kanak-kanak mengidap sembelit kerana mereka tidak menyingkirkan najis secara teratur, menyebabkan kekurangan kepekaan zon refleksif pergerakan usus. Jika penyingkiran najis yang baik diamalkan, sembelit didalam sesetengah kanak-kanak ini boleh diatasi. Ini kerana memakan makanan akan merangsang zon refleksif dalam sistem pencernaan dan oleh itu, masa terbaik untuk penyingkiran najis ialah selepas makan. Biar anak-anak anda duduk diatas mangkuk tandas dan peliharakan tabiat penyingkiran najis.

 H). Apakah yang terkandung didalam VBNSF? Bagaimana ia mendatangkan faedah kepada tubuh

      badan manusia?

VBNSF diperbuat daripada pelawas tulen dan asli daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Produk ini mengandungi kombinasi pelawas yang boleh larut dalam air dan yang tidak boleh larut dalam air dalam nisbah yang sesuai untuk meningkatkan sistem pencernaan dengan berkesan, membersihkan sistem pencernaan dan menghapuskan najis tertakung. Ia membantu melegakan ketidakselesaan mereka yang mengidap masalah pencernaan, termasuk mereka yang mengidap sembelit yang kerap. Selain daripada menyelaraskan sistem pencernaan, ia juga mempunyai kesan-kesan pengekalan kesihatan seperti mengurangkan kolesterol, merendahkan risiko mengidap kanser kolon dan membantu dalam kelangsingan tubuh badan. Produk pelawas makanan ini bukan sahaja mengandungi pelawas tetapi ia juga mempunyai nilai-nilai nutrisi yang unggul.

I). Apakah perbezaan diantara VBNSF dan pelawas biasa?

VBNSF diperbuat daripada nutrien dari tiga belas jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bakteria berguna dan bahan tumbuhan berlainan bersama-sama dengan oligosakarida.

VBNSF membantu dalam detoksifikasi dan membersihkan usus. Selepas mengambil VBNSF untuk jangkamasa tertentu, sel-sel akan diaktifkan apabila toksin-toksin didalam sistem pencernaan telah dijelaskan.

J). Berapa banyakkah toksin yang berada didalam tubuh badan kita?

Penyelidikan sains telah menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 400 jenis bahan buangan metabolik yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Hanya lebih kurang 20% daripada bahan buangan metabolik ini disingkirkan melalui pembuangan najis dan bakinya menakung didalam organ, darah, sistem limfatik, kulit dan setiap sel.